[TERKINI] Keputusan permohonan ke IPTA dan ILKA bagi lepasan SPM diumum 28 Jun ini

2024-06-20 31

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ingin memaklumkan bahawa keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2024/2025 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 28 Jun 2024 (Jumaat). Keputusan boleh disemak mulai 28 Jun 2024, jam 12.00 tengah hari hingga 7 Julai 2024, jam 5.00 petang.

Free Traffic Exchange